‘Syurga’ baharu buat enam beradik yatim piatu

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

TANGGA BATU 9 Okt – Nasib enam beradik yang kematian ibu dan bapa di Tangga Batu Pekan, di sini, terbela apabila menerima teratak baharu sumbangan kerajaan negeri Melaka.

Rumah tiga bilik dan satu bilik air berkeluasan 630 kaki persegi dengan kos RM40,000 itu merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Perumahan Melaka.

Gimik penyerahan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam satu majlis serba ringkas yang diadakan hari ini.

Dalam majlis itu, Sulaiman sempat menyantuni keenam-enam anak yatim berusia 6 hingga 14 tahun itu dan mengadakan lawatan ke rumah yang baharu sahaja siap dibina itu.

Beliau turut menyaksikan lafaz wakaf rumah oleh LPM dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan menyertai majlis tahlil ringkas.

Beliau kemudiannya, menyampaikan replika kunci kepada pemilik rumah dan menandatangani plaque program penyerahan kunci.

Hadir sama, Mufti Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom.

Pada Jun lalu, Sulaiman telah mengadakan lawatan ke rumah enam beradik yatim piatu itu yang sebelum ini tidak mempunyai sijil kelahiran.

Dalam lawatannya ketika itu, selain menyerahkan sijil kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara kepada mereka, beliau turut memperjuangkan agar enam beradik itu menerima rumah baharu yang lebih selesa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

664
Kongsi :
Previous post Norhizam digesa pulang kenderaan rasmi – SUK
Next post Tiga kanak-kanak hilang ditemukan lemas
Ubah saiz-+=