Tak mahu lagi lihat ‘rider’ berteduh di tepi jalan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

TANJUNG BIDARA 8 November – Penunggang p-hailing atau ‘abang rider’ beroperasi sekitar Parlimen Masjid Tanah bakal mempunyai tempat persinggahan untuk berehat yang selesa tidak lama lagi.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, kemudahan itu akan memberikan faedah kepada lebih 200 penyedia perkhidmatan itu.

“Timbul rasa simpati apabila melihat ada dalam kalangan penunggang p-hailing ini terpaksa berteduh di tepi jalan ketika hujan, jadi sudah tiba masanya kita sediakan satu lokasi khusus untuk mereka ini berkumpul.

5CE3F684-1F56-4048-90F5-990249C4ED89
AB Rauf bersama Abdul Hakim pada perjumpaan bersama p-hailing di Villa D’Acqua di sini

“Tempat persinggahan itu nanti akan dilengkapi kemudahan asas, memberikan keselesaan untuk mereka ini berehat, makan tengah hari, menunaikan solat dan apa yang penting ada tempat hendak dituju,” katanya ketika ditemui pada perjumpaan bersama penunggang p-hailing di Villa D’Acqua, di sini, hari ini.

Hadir sama pada perjumpaan itu Pengerusi BN Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Abdul Hakim berkata, aspek kebajikan penunggang p-hailing akan terus diberikan perhatian dalam usaha untuk memberikan lebih keselesaan kepada golongan itu yang turut memainkan peranan besar dalam perkembangan ekonomi setempat.

“Semua kesulitan dan permasalahan penunggang p-hailing ini diambil kira serta dibawa kepada pimpinan peringkat bahagian untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2789
Kongsi :
Previous post Dua lelaki Nepal ditahan disyaki cedera Pegawai Penguatkuasa Kempen PRU
Next post Perjuang nasib penunggang p-hailing
Ubah saiz-+=