
Tapak pelupusan sampah haram dipenuhi sisa klinikal dan industri dikesan
SUNGAI RAMBAI 22 Okt. – Jijik dan meloyakan, itu gambaran yang boleh diterjemahkan terhadap kawasan tapak bekas lombong di Kampung Batu Gajah, di sini.
Tapak bekas lombong berkeluasan lima ekar itu dipercayai dijadikan ‘lubuk’ pelupusan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab kira-kira dua tahun lalu.
Kawasan itu bukan sahaja dicemari dengan longgokan sampah sarap sebaliknya turut dipenuhi dengan bahan sisa klinikal dan industri sehingga menghasilkan pencemaran bau di sekitar kawasan kampung terbabit.
Menurut seorang pekerja ladang kelapa sawit di kawasan berhampiran yang enggan dikenali berkata, dia menyedari kehadiran lori 10 tan memasuki kawasan lombong berkenaan untuk membuang sampah pada setiap pagi.
Katanya, kegiatan itu dipercayai berlarutan sekian lama kira-kira dua tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak berkuasa berhubung keadaan itu.
Jelasnya, keadaan itu membuatkan penduduk yang tinggal kira-kira 2.5 kilometer dari kawasan itu tidak selesa dengan bau yang kurang enak dari lokasi itu terutama apabila hari hujan.
“Kadang-kadang ada juga orang datang memancing di sini, namun akibat bau yang kurang menyenangkan sudah jarang orang datang ke mari.
“Mereka juga bimbang kalau-kalau hasil ikan yang diperolehi tercemar dengan bahan sisa buangan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MPHTJ SEDIAKAN FASILITI BERKUALITI, SOKONG PERKEMBANGAN USAHAWAN
AYER KEROH 14 Februari - Pembangunan terancang, ruang komersial yang lengkap dan disokong pelbagai fasiliti asas menjadikan kawasan pentadbiran Majlis...
MAIM KEKAL 38 SKIM BANTUAN MUALAF MELAKA
KESIDANG 14 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengekalkan 38 skim bantuan mualaf bagi tahun 2026, membuktikan sistem sokongan...
‘DEMI PAYA RUMPUT’ DITERIMA RAKYAT
PAYA RUMPUT 14 Februari - Sambutan luar biasa masyarakat terhadap Karnival Demi Paya Rumput yang berlangsung selama lapan hari membuktikan...
1,000 IMARAH PAYA RUMPUT BERSELAWAT
PAYA RUMPUT 13 Februari - Hampir 1,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput memenuhi perkarangan Stadium Hang Jebat,...
MELAKA SIAPKAN LIMA JALAN BAHARU SEPANJANG TIGA TAHUN UNTUK KESELESAAN RAKYAT
RIM 13 Februari – Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan lebih lima projek jalan baharu dalam tempoh tiga tahun khususnya melibatkan laluan...
JALAN BAHARU JIMATKAN MASA PEMANDUAN, RANCAKKAN EKONOMI SETEMPAT
RIM 13 Februari – Pembukaan jalan baharu sepanjang 3.45 kilometer dari Persimpangan Rim ke Persimpangan Kampung Ulu Jasin bukan sahaja...
