
Tapak pelupusan sampah haram dipenuhi sisa klinikal dan industri dikesan
SUNGAI RAMBAI 22 Okt. – Jijik dan meloyakan, itu gambaran yang boleh diterjemahkan terhadap kawasan tapak bekas lombong di Kampung Batu Gajah, di sini.
Tapak bekas lombong berkeluasan lima ekar itu dipercayai dijadikan ‘lubuk’ pelupusan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab kira-kira dua tahun lalu.
Kawasan itu bukan sahaja dicemari dengan longgokan sampah sarap sebaliknya turut dipenuhi dengan bahan sisa klinikal dan industri sehingga menghasilkan pencemaran bau di sekitar kawasan kampung terbabit.
Menurut seorang pekerja ladang kelapa sawit di kawasan berhampiran yang enggan dikenali berkata, dia menyedari kehadiran lori 10 tan memasuki kawasan lombong berkenaan untuk membuang sampah pada setiap pagi.
Katanya, kegiatan itu dipercayai berlarutan sekian lama kira-kira dua tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak berkuasa berhubung keadaan itu.
Jelasnya, keadaan itu membuatkan penduduk yang tinggal kira-kira 2.5 kilometer dari kawasan itu tidak selesa dengan bau yang kurang enak dari lokasi itu terutama apabila hari hujan.
“Kadang-kadang ada juga orang datang memancing di sini, namun akibat bau yang kurang menyenangkan sudah jarang orang datang ke mari.
“Mereka juga bimbang kalau-kalau hasil ikan yang diperolehi tercemar dengan bahan sisa buangan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PERTANDINGAN MEMANCING FESTIVAL SUNGAI MELAKA LEBIH ‘GAH’ TAHUN HADAPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Julai - Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan meneruskan penganjuran Pertandingan Memancing...
PENGIKTIRAFAN MBOR, PERKUKUH ‘JENAMA’ PELANCONGAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 19 Julai - Festival Sungai Melaka 2026 merekodkan kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records...
INSENTIF KHAS SUNTIK SEMANGAT PENGGIAT PELANCONGAN MELAKA
SERI NEGERI 19 Julai - Pemberian Insentif Khas Kepada Persatuan dan NGO Pelancongan, Seni, Warisan dan Budaya Negeri Melaka disifatkan...
LADANG ROCK MELON, HALIA, BAWANG BUKA PELUANG B40 JANA PENDAPATAN
MERLIMAU 19 Julai - Operasi Ladang Rock Melon, Halia & Bawang, Merlimau Pantai bukan sahaja menjadi pemangkin perkembangan ekonomi setempat,...
KEMESRAAN TOK RAUF TAWAN HATI WARGA SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
MERLIMAU 19 Julai - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin gamat dengan sorakan daripada pelajarnya yang teruja...
MBMB PBT PERTAMA LANCAR GARIS PANDUAN PROSEDUR KECEMASAN LUAR TAPAK
AYER KEROH 19 Julai - Melaka terus mengorak langkah ke hadapan dalam usaha memperkasa aspek keselamatan dan kesihatan pekerja apabila...
