Tapak pembuangan sampah haram di Serkam ditutup – JAS

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERKAM 20 Jan- Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak menutup tapak pembuangan sampah haram diatas rizab jalan kerajaan negeri di Serkam, di sini.

Pengarah JAS negeri, Rosli Osman berkata, pihaknya bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri melakukan pemantauan dan siasatan selama dua minggu susulan aduan pembakaran terbuka di kawasan itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati lokasi berkenaan dijadikan tempat melupuskan sampah oleh penduduk Serkam dan sekitarnya.

“Perkara ini sudah lama berlarutan, kami pernah memberikan teguran kepada orang awam dikesan turut membakar sampah yang dibuang.

“Tindakan hasil siasatan itu, JAS akan memasang bunting ‘Larangan Pembuangan Sampah’. Kami juga meminta SWCorp membersihkan kawasan terbabit.

“Kami syak individu mengutip barang lusuh bertindak membakar sampah di lokasi berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Rosli berkata, individu didapati melakukan pembakaran terbuka, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali dan kompaun sehingga RM2,000.

Beliau, mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama Ketika cuaca panas dan kering melanda Melaka Ketika ini.

Orang awam boleh melaporkan sebarang aduan kepada Jabatan Alam Sekitar dengan menghubungi talian bebas tol di 1-800-88-2727, atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1475
Kongsi :
Previous post MyCC pantau pelaksanaan RFID secara konsisten
Next post Banjir: RM125 juta bantuan wang ihsan telah disalur – PM
Ubah saiz-+=