
Telok Mas: Razak janji masjid, balai raya nikmati akses Wifi percuma
TELOK MAS 12 Nov – Kesemua masjid, surau dan balai raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas akan menikmati kemudahan akses internet secara percuma.
Calon Barisan Nasional N23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, itu antara 10 Janji Razak yang ditawarkan buat warga Telok Mas, selain untuk meningkatkan pelbagai lagi insfrastruktur utama di kawasan terbabit.
Sekiranya diberi mandat, beliau memberi jaminan akan menyelesaikan permasalahan yang telah berlaku sekian lama seperti isu longkang, jalan raya, jaringan internet yang lemah serta pembangunan di kawasan Telok Mas.
“Kita akan kemudahan bagi wifi percuma kepada setiap surau, masjid dan balai-balai raya yang terdapat dalam DUN Telok Mas ini.
“Sekiranya pengundi di DUN Telok Mas beri kepercayaan kepada BN, saya akan memastikan warga DUN Telok Mas mendapat keselesaan ini.
“Pertama saya akan lihat masalah terlebih dahulu dan sebelum pergi ke perkara lain saya akan menyelesaikan masalah atau isu dalam pentadbiran yang lepas, kita lihat banyak kelemahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui hari ini di Bilik Gerakan DUN Telok Mas, hari ini.
Beliau berkata, Janji Razak buat warga Telok Mas itu akan diumum dan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
JANGAN BIAR DIABETES GELAPKAN PANDANGAN ANDA
Oleh: Dr. Yeoh Shao Yin (Serena) Pakar Mata Oriental Melaka Straits Medical Centre KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang...

