Sorting by

×

Telur ayam di Melaka cukup

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 14 Januari – Bekalan telur ayam diimport dari India yang memasuki pasaran di Melaka membantu memulihkan isu bekalan bahan itu di negeri ini.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata bekalan itu juga mampu menampung permintaan yang meningkat menjelang musim perayaan pada bulan ini.

“Setakat ini kita bekalan telur di pasaran kita masih cukup, mungkin tiada satu atau dua hari itu biasa la, tetapi untuk pasaran kita boleh atasi.

“Lagipun bekalan telur yang diimport dari India juga kita sudah terima di beberapa pasaraya yang ada di Melaka, jadi ia dapat menambah bekalan telur yang tidak cukup sebelum ini.

“Setakat ini bila telur dari India sudah masuk memang masalah bekalan telur tidak cukup sudah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan walkabout di Jonker Walk di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Melaka, Rohaimi Mohamed Zawawi.

Sementara itu Norena meminta orang ramai khususnya peniaga kuih raya agar tidak melakukan pembelian secara pukal terutama menjelang sambutan perayaan dengan tujuan untuk menyimpan bekalan.

“Tiada had jualan telur dalam kuantiti tertentu seperti minyak masak bersubsidi, tetapi orang ramai diminta tidak melakukan pembelian secara pukal.

“Kita tahu menjelang musim perayaan (Tahun Baru Cina) nanti orang ramai mencari bekalan terutama untuk membuat kuih raya sebagai persediaan hari raya mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1359
Kongsi :
Previous post Bekalan MyKid selesai dalam tempoh enam bulan – JPN
Next post 28 usahawan tempatan pamer hasil kraftangan
Ubah saiz-+=