
Tempahan hotel di Melaka penuh – Jailani
AYER KEROH 15 Okt. – Pengusaha hotel di Melaka menerima 100 peratus tempahan bilik setelah hampir sembilan bulan kehilangan pendapatan susulan penutupan sektor pelancongan akibat pandemik COVID-19.
Exco Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sebelum ini pihaknya menjangkakan 48 peratus tempahan bilik, namun jumlah itu meningkat selepas pergerakan merentas negeri dibenarkan.
“Tempahan hotel di Melaka dah penuh…syukur. Saya sebenarnya jangka sebelum ini pada 1 Oktober bila kita buka sektor pelancongan pada rakyat Melaka tempahan sekitar 48 peratus.
“Tapi bila hari ini kita dapati mana-mana hotel yang dah buka premis mereka bagi tujuan penginapan telah mendapat lebih 100 peratus tempahan dan mereka terpaksa tunda kepada hujung minggu yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Ke Negeri Melaka Sempena Kebenaran Merentas Negeri di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad; Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ketua Polis negeri, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR LAMBANG KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
GADEK 15 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) disifatkan sebagai manifestasi kasih sayang Kerajaan Negeri kepada rakyat secara...
MURAL TUAH–JEBAT SEMAI SEMANGAT WARISAN GENERASI MUDA
GADEK 15 April – Usaha mengangkat sejarah dan jati diri bangsa perlu bermula sejak di bangku sekolah agar generasi muda...
PROMOSI APRIL LEBIH BERBALOI DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 15 April – Bermula 17 hingga 19 April ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort tampil dengan promosi...
MELAKA SEDIA BANTU USAHAWAN BERKEMBANG DENGAN TEKNOLOGI BAHARU
GADEK 15 April - Kerajaan Negeri sedia membantu usahawan tempatan khususnya dalam sektor pertanian untuk mengembangkan penggunaan teknologi baharu sekali...
TUNAS ILHAM MAIM BANTU ANAK ASNAF LEBIH BERSEDIA DUDUKI UPKK 2026
PENGKALAN BATU 15 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Tunas Ilham Bagi Tahun 2026-2027 iaitu sebuah program...
RUMAH PUSAKA LEBIH SEABAD KEMBALI ‘BERSERI’
GADEK 15 April - Hanya rasa syukur dapat dizahirkan Asenah Baba, 85, apabila rumah pusaka lebih seabad yang didiaminya kini...
