Terkena serangan jantung sebelum kemalangan

Masa Membaca:57 Saat

KESIDANG 23 Januari – Pemandu bas ekpres disyaki mengalami serangan jantung sebelum kenderaan dipandunya merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Bulatan Malim, kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Mangsa, Amir Nordin Mahmud, 74 bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Melaka pada jam 1.05 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Malim menghala ke Batu Berendam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai terkena serangan jantung sebelum bas dipandunya hilang kawalan.

“Berikutan itu, bas itu merempuh kereta dipandu lelaki berusia 44 tahun sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Christopher berkata mangsa ketika ditemui tidak sedarkan diri manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2792
Kongsi :
Previous post Pelajar UiTM maut terbabit kemalangan
Next post Jom ke pasar raya setiap 24 hari bulan
Ubah saiz-+=