Jom ke pasar raya setiap 24 hari bulan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

MASJID TANAH 23 Januari – “Memang bagus apabila ada jualan ihsan rahmah ini, selain harga barang keperluan harian yang dijual lebih murah ia juga dapat membantu masyarakat”.

Itu kata Aida Said,56, yang berkongsi rasa syukur Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang bermula di Melaka.

Menurut Aida, biarpun tidak boleh membeli dalam kuantiti yang banyak kerana sudah dihadkan kepada setiap seisi keluarga, namun ia memberi manfaat kepada pengguna yang membeli barang keperluan di pasar raya.

“Sebagai contoh hari ini saya dapat beli ayam dua ekor yang mana sekilo hanya RM6.69, sayur kobis dan timun juga antara diberikan potongan harga pada hari ini.

“Seperti kita tahu barang keperluan banyak yang sudah mahal, jadi bila ada program begini kita jangan lepaskan peluang datang dan beli, memang rugi jika tidak datang pada setiap 24 hari bulan.

“Dua puluh empat hari bulan ini kiranya hari bonus untuk semua pembeli, jadi wajiblah datang ke pasar raya untuk beli barang dapur,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 01 23 At 16.18.43 834bcf3d
KAMARUDDIN

Sementara itu, Kamaruddin Ibrahim,67, menyifatkan pasar raya terpilih mengikuti inisiatif tersebut sebagai pasar raya mesra rakyat.

“Kita boleh panggil pasar raya ini lebih mesra rakyat, tawaran harga dari 10 hingga 30 peratus ini memadai buat keluarga memerlukan khususnya B40 membeli barang dapur.

“Memang ia sangat membantu kerana kos sara hidup sekarang semakin tinggi, barang yang dijual di bawah inisiatif ini merupakan keperluan kita setiap hari, jadi ia perlu diteruskan di masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2706
Kongsi :
Previous post Terkena serangan jantung sebelum kemalangan
Next post Pengurusan jenazah percuma buat warga Duyong
Ubah saiz-+=