Tiga beranak maut: Pemandu lori akan direman esok

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH 28 Oktober – Polis akan memohon kebenaran perintah tahanan reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan tiga beranak maut di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pemandu berusia 43 tahun akan dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh esok bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Setakat ini ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki terbabit negatif dan dia bebas daripada pengaruh dadah.

“Proses bedah siasat terhadap ketiga-tiga mangsa dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, malam ini juga,” katanya.

Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan suami isteri dan bayi berusia setahun maut dalam nahas ketika dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Port Dickson untuk bercuti.

Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28 yang memandu kereta Honda Jazz dan isterinya Zubaidah Abd Rajak, 28 serta Muhammad Rizqi, 1 meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Hasil siasatan polis mendapati ketika kejadian pemandu lori terbabit menghentikan kenderaannya di lorong paling kanan dan dalam proses meletakkan kon bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan tengah di lebuh raya berkenaan sebelum dirempuh kereta terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7986
Kongsi :
Previous post Masjid Lubuk Redan terima van jenazah sumbangan TNB
Next post Produk baharu bantu pacu pelancongan Melaka
Ubah saiz-+=