Masjid Lubuk Redan terima van jenazah sumbangan TNB

Masa Membaca:2 Minit, 19 Saat

TANJUNG BIDARA 28 Oktober – Masjid Kampung Lubuk Redan menerima sumbangan sebuah van jenazah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberi kemudahan dalam pengurusan jenazah di kampung terbabit.

Pengurus Besar TNB Melaka, Khairizam Ibrahim berkata, penyerahan van menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu mampu memberi kemudahan kepada beberapa komuniti terlibat yang memerlukan kenderaan bagi memudahkan pengurusan jenazah dijalankan oleh lembaga pengurusan masjid.

Menurutnya, van jenazah yang asalnya merupakan kenderaan terpakai telah diubah suai mengikut prosedur asal van jenazah akan diserahkan mengikut permohonan dari kawasan perkampungan terlibat.

“Program yang dianjurkan sejak 2016 ini TNB telah menyerahkan sebanyak 63 buah van jenazah kepada kawasan perkampungan terlibat di seluruh Malaysia bagi menampung dan memberi kemudahan kepada penduduk kampung.

“Selain program Baiti Jannati, program ini juga merupakan antara skop CSR yang dijalankan TNB dengan peruntukan sebanyak RM2.9 juta sedikit sebanyak mampu memberi gambaran dan keberkatan di sesebuah negeri dan kawasan terlibat.

“TNB akan terus bersedia menggerak seberapa banyak program kebajikan kepada semua pihak terlibat bagi memastikan misi syarikat ini dalam membantu kebajikan masyarakat terus terbela pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan gimik penyerahan replika kunci dan geran kenderaan di masjid itu, di sini hari ini.

photo_2022-10-28_16-28-46
Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud (tengah) menyaksikan penyerahan replika kunci serta geran daripada Pengurus Besar TNB negeri, Khairizam Ibrahim (tiga dari kiri) kepada Pengerusi Masjid, Dr. Yuseni Ab Wahab (empat dari kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah TNB 2022 di Masjid Al-Anshariah, Kampung Lubuk Redan, Masjid Tanah, Melaka. Foto: MR. AZLI

Terdahulu, program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md. Rawi Mahmud sebagai mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah menerima replika kunci tersebut disaksikan penduduk terlibat.

Hadir sama, Pengerusi Masjid Lubuk Redan, Dr. Yuseni Ab. Wahab serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang lain.

Sementara itu, Md Rawi berkata, pihaknya amat berbesar hati di atas sumbangan yang diterima pihaknya bagi membantu penduduk kawasan itu dalam menguruskan jenazah pada masa akan datang.

“Pada zaman ini kenderaan jenazah memang perkara yang diperlukan oleh sesebuah kampung berikutan keadaan jarak tapak perkuburan yang jauh dan kurangnya tenaga muda yang mahu mengusung jenazah ketika kematian membuatkan perkara ini amat penting dalam komuniti.

“Malah van yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini mampu mempercepatkan proses pengurusan jenazah yang dilakukan di masjid.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada TNB di atas sumbangan yang diperuntukkan dan berharap selepas ini akan ada lagi agensi termasuk syarikat swasta yang terlibat yang ingin bersama menyumbang kepada perkara ini agar keperluan van jenazah ini agar keperluan ini dapat ditingkatkan kepada kawasan perkampungan yang memerlukan kenderaan seperti ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2817
Kongsi :
Previous post Mimpi petanda anak, menantu dan cucu ‘pergi’ serentak
Next post Tiga beranak maut: Pemandu lori akan direman esok
Ubah saiz-+=