Tiga lagi kes kematian COVID-19 di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 27 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan pertambahan tiga kes kematian baharu semalam.

Menurut JKN, ia sekali gus menjadikan sebanyak 55 kes kematian yang direkodkan di Melaka sejak pandemik Melanda negara pada Mac tahun lalu.

“Kes kematian pertama melibatkan seorang wanita berusia 76 tahun dari mukim Padang Temu.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi dan kes dikesan positif melalui saringan bergejala dan mempunyai sejarah kontak rapat kes positif (anak perempuan) dari Kluster Pendidikan Muar,” katanya dalam infografik di Facebook rasmi jabatan itu.

Kematian kedua melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun dari mukim Tangga Batu.

“Kes mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi serta kontak rapat kes positif (Keluarga).

“Bagi kes kematian ketiga melibatkan lelaki berusia 73 tahun dari mukim Tanjung Keling dan turut mempunyai latar belakang  penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan Infrarenal Abdominal Aortic Aneurysm.

“Tiada sejarah kontak rapat kes positif atau perjalanan ke zon merah,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu sebanyak 230 kes baharu positif COVID-19 direkodkan semalam meliputi 227 kes tempatan dan tiga kes import.

“Bagi pecahan kes, sebanyak 165 kes di daerah Melaka Tengah, 24 kes di Jasin dan 41 kes di Alor Gajah.

“Sebanyak 146 kes sembuh direkodkan, namun sebanyak 1,817 kes sedang dirawat termasuk 53 di unit rawatan rapi (ICU) dan 13 menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

542
Kongsi :
Previous post Selamba jual rokok seludup bawah khemah di tepi jalan
Next post Dakwaan ditahan Israel: Pemilik IG diminta bantu kesan ‘Dr Nur’
Ubah saiz-+=