TMM2024: Papan tanda, jalan raya dibaiki

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

LENDU 18 Disember – Papan tanda petunjuk jalan dan perabot jalan di seluruh Melaka diganti bagi memudahkan akses perjalanan pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka sebelum ini mengeluarkan tender bagi melantik kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan itu.

Katanya, kontaktor yang terlibat sudah dilantik dan syarikat yang terbabit akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan papan tanda di seluruh negeri Melaka.

“Semua papan tanda rosak akan dikenal pasti dan ditukar ganti, selain papan tanda lama berikutan sistem jalan raya berubah juga akan ditukar.

“Pihak JKR sedang menyusun balik laluan yang lebih teratur dan menjelang Januari pembaikan papan tanda itu akan siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Hari Bertemu Rakyat di Kompleks Sukan Masjid Tanah, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hameed berkata JKR juga sedang giat membaik pulih jalan raya dan perabot jalan yang sudah rosak bagi memberi keselesaan kepada rakyat dan pelancong yang berkunjung ke Melaka.

“Bukan itu sahaja, jambatan di Melaka sedang dalam proses pengindahan menjelang TMM2024.

“Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) juga sudah bersedia dan mempunyai alternatif tertentu jika berlaku masalah air, insya-Allah ketiga-tiga empangan utama mencukupi selain alternatif kolam tadahan lain yang boleh menampung sekiranya berlaku penyusutan kapasiti air di ketiga-ketiga empangan utama tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1161
Kongsi :
Previous post Pengamal media Melaka bantu bersih kubur
Next post 200 penganut Kristian terima sumbangan Krismas
Ubah saiz-+=