Pengamal media Melaka bantu bersih kubur

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

TELOK MAS 18 Disember – Bukan hanya tangkas beraksi di lapangan dalam menyampaikan laporan berita yang tepat lagi sahih kepada rakyat, pengamal media Negeri Melaka turut menunjukkan keprihatinan dalam aktiviti kemasyarakatan.

Ia dibuktikan sekumpulan wartawan, juruvideo dan jurufoto pelbagai agensi yang bernaung di bawah Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) turut serta dalam aktiviti membersihkan tanah perkuburan bersama Persatuan Sahabat Ukhwah Pernu Melaka (SUP) di Tanah Perkuburan Islam Pernu, di sini, semalam.

Pengerusi PENDIKA, Amir Mamat berkata, aktiviti seperti itu menunjukkan komitmen bahawa pengamal media bukan sekadar menjadi lidah kepada rakyat dari sudut penulisan, bahkan pada masa sama turut bersama masyarakat menyumbang khidmat bakti.

Katanya, aktiviti seperti itu sekali gus dapat mendekatkan hubungan media dengan komuniti setempat.

“Sudah pasti kita sebagai pengamal media mempunyai tugas hakiki dalam menyiapkan laporan berita untuk agensi berita masing-masing.

“Namun kita masih ada kesempatan dan mengetepikan persaingan mencari berita untuk bekerjasama membantu masyarakat atas nama kewartawanan,” katanya selepas program Gotong-royong Perpaduan Tanah Kubur, di sini.

Hadir sama, Penaung SUP Datuk Dr. Baba Md Deni dan Pengerusi SUP, Khairul Mubin Md Di.

Whatsapp Image 2023 12 18 At 00.52.33 D14e0d4e
ANTARA pengamal media dan Persatuan Sahabat Ukhwah Pernu Melaka (SUP) yang hadir

Sementara itu, Dr. Baba berkata, idea untuk membersihkan tanah perkuburan itu adalah bertujuan memastikan kawasan seluas hampir 2.2 hektar itu kekal bersih pada setiap minggu dan bukan ketika Ramadan atau waktu-waktu tertentu.

Menurutnya, ahli-ahli persatuan terdiri dalam kalangan anak muda dan warga emas pelbagai latar belakang sekali gus menjadi medium mengeratkan ukhwah di antara satu sama lain.

“Bermula dengan hanya lima orang pada September tahun lalu kini keahlian kami berjumlah 43 orang yang mana ia membabitkan ahli berusia 20 hingga 60 tahun.

“Setiap minggu kita akan pastikan SUP bergerak dan mereka yang berkelapangan bersama menjayakan aktiviti bersih kubur yang diadakan,” katanya.

Pada program itu turut diselitkan tazkirah mengenai kematian yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Anwar Adnan@ Ustaz Roy.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1062
Kongsi :
Previous post Melaka anjur Hari Kebaya Baba Nyonya sempena TMM2024
Next post TMM2024: Papan tanda, jalan raya dibaiki
Ubah saiz-+=