
Toh Puan Asmah rai OKU, warga emas
AYER KEROH 19 Disember – Seramai 670 jemputan diraikan dalam Majlis Apresiasi PAWE dan PPDK Sempena Sambutan Hari Warga Emas dan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka Tahun 2023 di Dewan Mini Bistari, hari ini.
Lebih menarik majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Wira Dr Asmah Ab Rahman.
Ketibaaan beliau kira-kira jam 3 petang itu disambut isteri Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz dan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Wira Rohaya Kamaludin.
Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Timbalannya, Leng Chau Yen serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Zulkifli Hanifah.
Pada majlis itu turut diadakan penyampaian anugerah kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Melaka.
Toh Puan Asmah dalam ucapan ringkasnya berharap usaha pihak kerajaan, PAWE dan PPDK dapat diperkukuh dan diinovasikan dari semasa ke semasa bagi memperkasakan golongan sasar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET ANTARABANGSA TAWAR PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD
AYER KEROH 25 Jun – Polis Melaka menumpaskan sindiket pelaburan saham tidak wujud yang menyasarkan mangsa di Korea dan China...
TAMAN REKREASI ANJUNG GAPAM DESTINASI RIADAH BAHARU MPHTJ
BEMBAN 25 Jun - Taman Rekreasi Anjung Gapam diserahkan secara rasmi oleh pihak pemaju kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
NORLINA BERSYUKUR MAIM SENTIASA MEMBANTU
TELOK MAS 25 Jun – Ujian kehilangan anak, pemergian suami serta keperluan menjalani rawatan dialisis tidak mematahkan semangat Norlina Abdullah...
RM5 JUTA PASANG, NAIK TARAF LAMPU JALAN SELURUH MELAKA
TELOK MAS 25 Jun - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan pemasangan dan kerja naik taraf hampir 600 unit...
ISU INFESTASI LALAT FELDA MENGGONG DIBERI PERHATIAN SERIUS
MACHAP JAYA 25 Jun - Isu infestasi lalat didakwa mengganggu kehidupan harian penduduk sekitar Felda Tun Ghaffar Menggong, mendapat perhatian...
PPSPM BAWA POTENSI PELANCONGAN SUNGAI MELAKA KE PENTAS ANTARABANGSA
BANDARAYA MELAKA 25 Jun - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) perluaskan jaringan kerjasama antarabangsa menerusi Program Temu Bisnes...
