Tokoh Maal Hijrah: Dua anugerah baharu diperkenalkan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BUKIT PALAH 28 Julai – Dua anugerah baharu Tokoh Maal Hijrah iaitu Anugerah Ibnu Uraiqith dan Anugerah Hisbah akan diberikan pada Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Tokoh Maal Hijrah 1444H pada 30 Julai ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata Anugerah Ibnu Uraiqith diwujudkan tahun ini bagi memberi penghargaan kepada tokoh bukan Islam yang banyak memberi sumbangan kepada agama Islam.

Katanya, bagi Anugerah Hisbah pula akan diberikan kepada individu yang terdiri daripada anggota atau pegawai badan beruniform sama ada pihak polis, bomba, askar dan lain-lain.

“Dua anugerah tokoh baharu ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 anugerah akan diberikan kepada tokoh-tokoh yang dipilih pada tahun ini berbanding hanya 12 anugerah pada tahun lalu.

“Anugerah Ibnu Uraiqith dan Anugerah Hisbah, merupakan dua anugerah baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Majlis Multaqa Ulama Wal Umarak di Auditorium Masjid Al Azim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Che Sukri berkata bagi penganjuran Ekspo Tamadun Islam sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Melaka akan berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Julai.

Ujarnya, beliau menyasarkan sehingga 20,000 pengunjung untuk hadir dan pelbagai aktiviti menarik yang akan disajikan kepada pengunjung meliputi pelbagai lapisan umur yang disediakan.

“Ekspo selama empat hari ini akan diadakan di Dataran Islam, lebih 20 gerai dibuka untuk memeriahkan ekspo Tamadun Islam ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2757
Kongsi :
Previous post Polis tahan lelaki, rampas ganja dalam kereta
Next post Penceramah direman 5 hari bantu siasatan kes rogol remaja
Ubah saiz-+=