
Tragedi langgar serpihan tayar
JASIN 30 Mei – Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah motosikal di Kilometer 190.7 Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah Mohd Afirzul Hamzah, 35, yang beralamat di Kampung Bukit Tunggal, Jementah, Johor.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat 20 buah motosikal berkonvoi menghala ke Johor selepas makan di Simpang Ampat, Alor Gajah.
Katanya, ketika dalam perjalanan, salah seorang peserta konvoi yang menunggang Yamaha Y15 telah melanggar objek di atas jalan iaitu serpihan tayar lalu hilang kawalan dan terjatuh.
Jelasnya lagi, akibat kemalangan itu, empat lagi motosikal gagal mengelak lalu terjatuh menyebabkan salah seorang daripadanya meninggal dunia.
“Mangsa yang menunggang Yamaha RXZ maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Manakala empat lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan, termasuk dua daripadanya parah dan dibawa ke Hospital Jasin,” katanya.
Ahmad Jamil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa PENDIDIKAN: SEKOLAH LEBIH SELESA, PEMBELAJARAN LEBIH BERMAKNA
AYER KEROH 14 Oktober - Keperluan pendidikan yang berkembang seiring pertambahan penduduk mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembinaan sekolah...
SEKOLAH DI MELAKA DIBUKA SEMULA ESOK, AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DIHENTIKAN
AYER KEROH 14 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Melaka akan beroperasi semula esok...
BMS 2026: PTPTN MELAKA SEMAI BUDAYA TABUNGAN PENDIDIKAN SEJAK KECIL
BANDA HILIR 14 Oktober - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh budaya menabung untuk pendidikan menerusi penganjuran Bulan...
BILA ANGKA BERBICARA: ZON BEBAS KENDERAAN TARIK 1.5 JUTA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 14 Oktober - Cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memperkenalkan Zon Bebas Kenderaan di...
DATARAN VISTA ALAMANDA, TAMAN MUHIBAH JADI RUANG REKREASI LEBIH INKLUSIF
JASIN 14 Oktober - Dataran Vista Alamanda (D'VA) dan Taman Muhibah diberi nafas baharu menerusi penambahbaikan kemudahan rekreasi lebih inklusif...
PPSPM PERLUAS JARINGAN KORPORAT PROMOSI MELAKA RIVER CRUISE
AYER KEROH 14 Oktober - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) meneroka kerjasama strategik bersama jenama fesyen tempatan bagi...
