
Tangkap anjing terbiar, elak kacau ganggu – MPJ
JASIN 30 Mei – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mempergiatkan Operasi Tangkapan Anjing Terbiar dalam kawasan pentadbirannya bagi memastikan haiwan itu tidak menimbulkan kacau ganggu terhadap orang awam.
Menerusi hantaran Facebook rasminya, pemilik haiwan berkenaan akan dikenakan tindakan sekiranya gagal mematuhi arahan ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“MPJ dari masa ke semasa akan sentiasa melaksanakan operasi tangkapan anjing terbiar sama ada bertuan atau tidak bertuan yang berkeliaran tanpa diikat.
“Semua pemilik anjing peliharaan dalam kawasan pentadbiran MPJ diingatkan agar memastikan haiwan peliharaan masing-masing tidak menimbulkan kacau ganggu kepada jiran atau penduduk sekitar.
“Pemilik perlu mempunyai lesen pemeliharaan anjing yang sah dan aktif, memakaikan loket lesen anjing peliharaan serta tidak melepaskan haiwan berkeliaran tanpa diikat,” katanya.
Katanya, pemantauan berkala terus dijalankan bagi mengatasi masalah anjing terbiar yang sentiasa menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat.
Operasi berkenaan dilakukan oleh Jabatan Landskap & Perkhidmatan Bandar MPJ, baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
