photo1637140356

TUDM diarah salur keperluan kepada keluarga dua juruterbang nahas Hawk 108 – Hishamuddin

KLEBANG 17 Nov – Kementerian Pertahanan akan menyalurkan keperluan kepada keluarga dua juruterbang yang terbabit dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau turut mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menjalankan siasatan terperinci susulan insiden membabitkan pesawat tersebut.

Jelasnya, insiden terbabit telah dimaklumkan kepadanya oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad menerusi panggilan telefon.

“Saya arahkan bahawa Kementerian Pertahanan khususnya TUDM untuk sedia menghulurkan apa jua keperluan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat dalam insiden malam tadi.

“Lembaga siasatan khas akan terus menyiasat punca kemalangan…dan saya telah meminta Panglima Angkatan Tentera dan TUDM untuk memaklumkan kepada org ramai apa jua perkmbangan terbaharu berhubung kait dalam insiden terbabit.

“Takziah kepada keluarga dari pihak MINDEF (Kementerian Pertahanan) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia), saya mengucapkan rasa sedih, berduka cita dan takziah,” katanya dalam sidang media di Klebang, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamudin berkata setakat ini beliau masih belum menerima perincian laporan berhubung kait insiden pesawat Hawk itu dan meminta orang ramai untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat spekulasi sendiri.

“Kita tunggu hasil siasatan, puncanya dan sebagainya, jadi saya tidak mahu mana-mana pihak cuba ambil kesempatan untuk  mengelirukan dan mengeruhkan keadaan,”katanya.

Malam tadi, TUDM dalam kenyataannya telah mengesahkan sebuah pesawat pejuang Hawk miliknya terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang kira-kira 10.07 malam Selasa.

Dalam kejadian terbabit, Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan dilaporkan stabil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

23
abah muhyiddin Previous post PRN Melaka: Sebarang bentuk kerjasama hanya diputus selepas pilihan raya – Muhyiddin
law-firm Next post Bapa didenda RM4,000 ketuk kaki anak guna telefon bimbit