
Tuisyen percuma untuk anak-anak Rim
RIM 7 Januari – Memahami kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar mewujudkan kelas tuisyen percuma buat penduduk di kawasan itu.
Menurutnya, inisiatif pembuka tirai tahun 2023 itu merupakan antara agenda kebajikan kepada rakyat selain memperkasa pendidikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.
“Insya-Allah, saya akan mulakan tahun 2023 ini dengan kelas tuisyen percuma yang akan dianjurkan di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rim setiap Sabtu dan Ahad.
“Kelas ini khas kepada pelajar darjah lima, darjah enam, pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima.
“Kepada murid mahupun ibu bapa yang berminat, sila isi maklumat di pautan link yang disediakan ataupun mengimbas kod QR yang tertera di poster atau mendaftar secara dalam talian di https://forms.gle/whiqCdQh2G7jF99RA,” katanya.

Katanya pihak Japerun akan menghubungi pelajar untuk memaklumkan tarikh kelas tuisyen itu bermula.
Jelasnya, antara subjek yang akan diberi tumpuan pada kelas tuisyen percuma itu ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
