Sorting by

×

Tujuh projek atasi bencana banjir di Melaka – Tuan Ibrahim

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MELAKA 18 Nov – Sebanyak tujuh projek besar bagi mengatasi masalah banjir di negeriĀ  Melaka telah diluluskan di peringkat kerajaan pusat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata projek itu melibatkan projek naik taraf kolam tebatan banjir di Krubong yang bernilai RM600 juta.

ā€œProjek lain ialah projek tebatan banjir di Alor Gajah Fasa 1 dengan peruntukan RM30 juta, RTB (Rancangan TebatanĀ Banjir) Sungai Duyong (RM163 juta), RTB Jasin dengan peruntukan RM60 juta dan RTB Sungai Melaka Fasa 1 sebanyakĀ RM40 juta diperuntukkan.

ā€œIni tanggungjawab kita sebagai keraaan pusat, semua senarai projek ini telah kita sahkanĀ dalam Parlimen yang sebahagianyaĀ sedang berjalan dan yang lain dalam peringkat proses pelaksanaan yang lain,ā€ katanya dalam rancangan ceramah PRN Melaka bersama beliau selakuĀ Timbalan Presiden PAS yang disiarkan dalam Facebook Melaka Update di sini malam ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata lapanĀ calon parti itu yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini telah melalui tapisan yang ketat bagi memastikan integriti mereka apabila bergelar wakil rakyat kelak.

PRN Melaka menyaksikan PAS bertanding di lapan kerusi di bawah Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu (15 kerusi) dan Parti Gerakan pula sebanyak lima kerusi. -BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

633
Kongsi :
Previous post ‘Bossku’ dapat sambutan di Hang Tuah Jaya
Next post ‘Turunlah mengundi, tiada lagi tahun depan untuk pilih kerajaan negeri’ – Sulaiman