Tukun bernilai lebih RM1.2 juta dilabuhkan

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

TELOK MAS 24 Julai – Sebanyak 66 unit tukun tiruan konservasi berjumlah lebih RM1.2 juta dilabuhkan di perairan Pulau Besar dan Taman Laut Pulau Nangka sejak tahun 2008.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI) Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, tukun tiruan itu mula dilabuhkan pada tahun 2008, 2009, 2010, 2020 dan sehingga hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Perikanan Negeri Melaka turut menjalinkan kerjasama dengan Politeknik Melaka (PMK) bagi membina satu rak propagasi karang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah (empat dari kanan) merasmikan program Biodervisiti Sumber Perikanan Pulau Undan Taman Laut Melaka. Foto: MR. AZLI

“Untuk hari ini sebanyak sembilan unit tukun tiruan (jenis) konservasi dilabuhkan di kawasan Taman Laut Pulau Nangka dengan (nilai) berjumlah RM300,000.

“Malah untuk kerjasama dengan PMK pula kita membina satu rak propagasi karang yang dilabuhkan juga di Pulau Undan pada tahun ini dan menjadikan keseluruhan terdapat di perairan Pulau Undan sebanyak 23 unit,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media pada Program Melabuh Tukun Tiruan Konkrit di Perairan Pulau Nangka, hari ini.

Penyelam scuba meletakkan propagasi karang di dasar laut bagi membantu pemulihan karang di Taman Laut Melaka di Pulau Undan, Melaka. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Mohd Sufian Sulaiman dan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman.

Menurutnya, selain tukun, pihak Jabatan Perikanan juga mengadakan aktiviti pelepasan ikan terumbu karang bagi menambah lagi stok ikan marin di perairan Melaka.

“Antara spesis ikan marin yang dilepaskan adalah Red Ocellaris, Sargent Major, Six Line Barred Anglefish, Maroon Clownfish dan Tomato Clownfish,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1807
Kongsi :
Previous post Nahas lima sekeluarga: Trak pikap hilang kawalan, rempuh MPV
Next post Pulau Undan, Nangka, Dodol diwartakan hujung tahun ini
Ubah saiz-+=