Tun Mohd Ali hadiri majlis cerapan hilal Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 10 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H/2024M peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, di sini hari ini.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di kompleks berkenaan kira-kira  jam 6.45 petang tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Barisan Exco Kerajaan Negeri, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil serta tetamu kenamaan lain.

Majlis cerapan yang diadakan pada jam 5 petang tadi bermula dengan bacaan ijtimak dengan pencerapan berdasarkan ikmanur rukyah.

Pada majlis itu, Abdul Halim mengetuai Jawatankuasa Rukyah dan Ahli Melihat Anak Bulan Melaka, mencerap anak bulan Ramadan sebelum hasil rukyah anak bulan ini dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Cerapan anak bulan yang dilakukan pada 29 Syaaban kali ini tidak menepati ketetapan kriteria ikmanur rukyah dan menandakan keesokan hari akan menjadi 30 Syaaban.

Oleh yang demikian, 1 Ramadan jatuh pada 12 Mac ini menandakan umat Islam akan menjalani ibadah puasa Selasa ini.

Selepas cerapan dilaksanakan tetamu terlibat program diteruskan dengan solat maghrib berjemaah diimamkan oleh pendakwah Mesir, Al Fadhil As Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al Azhari.

Program itu diakhiri dengan majlis penyampaian sumbangan kepada 30 anak yatim dan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2224
Kongsi :
Previous post Ramadan: JAIM kenal pasti lebih 10 lokasi tumpuan “geng plastik hitam”
Next post Bacaan hilal tidak tepati kriteria, 1 Ramadan jatuh 12 Mac
Ubah saiz-+=