Bacaan hilal tidak tepati kriteria, 1 Ramadan jatuh 12 Mac

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TANJUNG BIDARA 11 Mac – Tarikh 1 Ramadan pada tahun ini ditetapkan pada Selasa selepas data rukyah mendapati bulan Syaaban masih berbaki satu hari.

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, berdasarkan bacaan ikmanur rukyah yang dilaksanakan malam tadi mendapati bacaan hilal tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

“Berdasarkan bacaaan hilal ia tidak memenuhi kriteria ikmanur rukyah di mana kriterianya sekurang-kurangnya pada ufuk enam darjah tapi hari ini ia terlalu rendah menandakan umur anak bulan terlalu muda dan rendah.

“Jika hari ini (malam tadi) memenuhi kriteria maka esok kita akan berpuasa dan penampakan bulan itu akan nampak menerusi hisab dan rukyah tetapi hari ini ia tidak memenuhi kriteria ikmanur rukyah.

“Sekiranya ia memenuhi kriteria itu maka tahun ini bulan Syaaban akan berakhir pada 29 haribulan tetapi berdasarkan cerapan dan hisab, Syaaban akan berakhir pada 30 hari bulan tahun ini iaitu esok (Isnin),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H/2024M peringkat Negeri Melaka berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, di sini telah telah diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut menyaksikan cerapan itu, program diadakan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ia turut dihadiri, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, Barisan Exco Kerajaan Negeri, serta tetamu lain.

Kompleks Falah Al Khawarizmi merupakan antara 29 lokasi seluruh negara yang ditetapkan Majlis Raja-Raja bagi menjalankan hisab dan rukyah untuk menentukan tarikh permulaan puasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1189
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali hadiri majlis cerapan hilal Ramadan
Next post Lebih 150,000 murid dan pelajar mula sekolah di Melaka hari ini
Ubah saiz-+=