Sorting by

×

TUNAS ILHAM MAIM BANTU ANAK ASNAF LEBIH BERSEDIA DUDUKI UPKK 2026

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

PENGKALAN BATU 15 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Tunas Ilham Bagi Tahun 2026-2027 iaitu sebuah program khas untuk membantu anak-anak asnaf yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2026.

Program itu merupakan satu usaha berterusan dianjurkan MAIM dalam membantu anak-anak penerima bantuan yang layak agar lebih bersedia, yakin dan bersemangat menghadapi peperiksaan UPKK 2026.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan program tersebut akan dilaksanakan dalam beberapa siri sepanjang tahun 2026-2027, iaitu membabitkan tempoh tiga hari dua malam bagi setiap program.

Jelas MAIM, sepanjang program, peserta akan mengikuti pelbagai pengisian bermanfaat yang telah disusun dalam suasana kondusif dan teratur dengan penekanan kepada bimbingan, pemerkasaan dan meningkatkan kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar.

“Antara syarat penyertaan bagi program ini adalah peserta mestilah berumur 11 tahun pada tahun 2026, bersekolah agama dan menduduki UPKK, selain merupakan penerima bantuan MAIM yang masih aktif.

“Mereka juga perlulah sihat tubuh badan dan wajib hadir penuh bagi semua program yang ditetapkan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 April ini,” kata kenyataan itu.

671994873 1394703332691190 8199679299841546000 n

Menurut MAIM antara kelebihan program tersebut adalah bantuan MAIM kepada ibu bapa atau penjaga akan disambung secara automatik sehingga hujung tahun 2027.

Selain itu, semua kos program untuk peserta termasuk pengangkutan, penginapan, makan minum serta tenaga pengajar adalah ditanggung sepenuhnya oleh MAIM, selain elaun tunai juga akan diberikan pada hari terakhir setiap program.

“Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga yang memenuhi syarat dan berminat untuk menghantar anak mereka menyertai program ini dipelawa untuk mengisi Google Form menerusi pautan https://forms.gle/NstNDBXBon7emisM6 atau boleh mengimbas kod respon pantas (QR) pada poster,” tambah kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

891
Kongsi :
Previous post RUMAH PUSAKA LEBIH SEABAD KEMBALI ‘BERSERI’
Next post MELAKA SEDIA BANTU USAHAWAN BERKEMBANG DENGAN TEKNOLOGI BAHARU