TYT adakan lawatan kerja ke Kilang TKR

Masa Membaca:53 Saat

PANTAI KUNDOR 14 Julai – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam mengadakan lawatan kerja ke TKR Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Terdahulu, Tun Mohd Ali yang tiba di kilang berkenaan pada jam 10.05 pagi disambut EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi dan pengurusan tertinggi TKR Manufacturing (Malaysia).

Sebaik tiba, Tun Mohd Ali dibawa mendengar taklimat mengenai operasi kilang di bilik mesyuarat yang disediakan.

Selesai taklimat yang berlangsung kira-kira 30 minit, delegasi kemudiannya dibawa melawat sekitar kilang, sebelum menghadiri jamuan makan tengah hari.

Untuk rekod, TKR Manufacturing beroperasi di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, menjadi antara kilang yang lama bertapak di Melaka iaitu sejak pada 1988.

Kilang yang berpangkalan di Tokyo, Jepun itu ketika ini mempunyai seramai 1,700 pekerja.

Menggunakan kemudahan yang ada kilang berkenaan mengeluarkan pelbagai produk bermula daripada proses ‘design’, ‘plastic mold’, ‘stamping’ hinggalah ke produk lengkap.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1770
Kongsi :
Previous post Air pasang besar diramal berlaku hari ini hingga Ahad
Next post Juruteknik nafi pandu melulu, bayar jaminan RM12,000 dan lesen digantung
Ubah saiz-+=