
TYT PUJI GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT
SERI NEGERI 24 April – Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sebagai teras utama pembangunan mendapat pujian Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Beliau nyata berbesar hati dengan pelaksanaan konsep itu yang jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap rakyat.
“Inisiatif ini secara tidak langsung akan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diberi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan dan pelaksanaan dasar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Untuk rekod, gagasan MeSRa merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang diilhamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bertujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum, berkongsi rezeki, dan memastikan kebajikan rakyat didahulukan melalui pendekatan ‘payung besar’.
Ia menekankan konsep kerajaan yang dekat dengan rakyat, berteraskan perpaduan dan sokongan padu masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TUMINAH IKRAR BERIKAN KHIDMAT TERBAIK, MAHU PANTAI KUNDOR KEKAL BIRU
AYER KEROH 25 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi @Mohd hashim bertekad memberikan khidmat...
PRN MELAKA: TOK HAMEED PELIHARA IKATAN ‘POGHUT’ MESKIPUN BERBEZA PANDANGAN
AYER KEROH 25 Oktober - Ikatan silaturahim yang dibina sepanjang lima tahun dalam kalangan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
AB RAUF MAHU TERUS BONGKAR SEJARAH KEHEBATAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat meneruskan usaha membongkar sejarah kehebatan tamadun...
PRN MELAKA: ALONG MAHU TERUS BEKERJA UNTUK RAKYAT, SEJAHTERAKAN ASAHAN
AYER KEROH 25 Oktober - Kepercayaan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi pembakar semangat Datuk Dr. Fairul...
MELAKA TIDAK LAGI SAMBUT MERDEKA DI TAPAK TINGGALAN PENJAJAH
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Melaka tidak lagi menjadikan kawasan sekitar Tugu Kota A Famosa sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan...
PRN MELAKA: NADARAJAH TEKAD PERTAHAN GADEK, BANTU BN TAMBAH KERUSI DUN
AYER KEROH 25 Oktober - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad...
