Sorting by

×

KONFLIK ASIA BARAT: MELAKA PERLU PERKUKUH DAYA TAHAN EKONOMI

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 24 April – Konflik yang sedang berlaku di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran telah mewujudkan suasana global yang semakin mencabar dan tidak menentu, di mana impaknya dirasai seluruh dunia termasuk Negeri Melaka.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata, impak itu memberi kesan kepada sektor perindustrian, logistik dan pelancongan negeri yang bergantung kepada kestabilan kos bahan api dan rantaian bekalan.

Tambah beliau, kesan daripada situasi ini turut dirasai melalui peningkatan kos import tenaga, tekanan terhadap kadar inflasi serta kenaikan kos operasi dalam sektor pengangkutan, pembuatan dan perkhidmatan, di mana ia secara tidak langsung memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat serta menuntut langkah mitigasi yang berkesan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Negeri dapat terus memperkukuh daya tahan ekonomi melalui kepelbagaian sumber ekonomi.

“Ini termasuklah mempertingkat kecekapan tenaga serta mempergiat penggunaan teknologi dan inovasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada faktor luaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Tambah Tun Dr. Mohd Ali, pada masa sama, bekalan makanan negeri perlu diurus dengan berkesan dan terancang, sekali gus memastikan rakyat melaka sentiasa mendapat bekalan makanan yang mencukupi, stabil serta pada harga yang berpatutan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

266
Kongsi :
Previous post MELAKA TERUS JADI TUMPUAN ACARA-ACARA BESAR
Next post TYT PUJI GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT