
TYT, Sulaiman menghadap Sultan Johor dan Permaisuri
JOHOR BAHRU 24 Feb – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman.
Turut berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Pertemuan Mohd Ali dan isteri berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini hari ini.
Hadir sama mengiringi Tun Mohd Ali dan isteri, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Turut hadir pada pertemuan itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Semua tetamu kehormat itu diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatkan mencetuskan suasana meriah sepanjang Program Menyantuni Peniaga berketurunan Tionghua sekitar...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
