SISPAA, ‘Respons Rakyat Melaka’ dan ONCC medium untuk rakyat kepada kerajaan

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 24 Feb- Kerajaan negeri Melaka mewujudkan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), ‘Respons Rakyat Melaka dan Melaka One Number Call Centre (ONCC) sebagai medium pengurusan aduan setiap masa.

Medium berkenaan merupakan platform daripada rakyat kepada kerajaan yang menjimatkan masa, kos dan tenaga, sekali gus membuktikan segalanya dihujung jari.

Kesemua medium terbabit merupakan kaedah bagi orang awam untuk memberi sebarang maklum balas, kritikan, aduan dan cadangan kepada mana-mana agensi kerajaan negeri dengan lebih cepat serta berkesan.

MELAKA One Number Call Centre (ONCC) menjadi medium pengurusan aduan setiap masa.

SISPAA menerusi pautan http://melaka.spab.gov.my, merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dalam talian.

Sistem itu mampu mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian maklum balas atau aduan kepada agensi kerajaan pada bila-bila masa menggunakan capaian internet.

‘Respons Rakyat Melaka’ pula merupakan aplikasi yang perlu dimuat turun menerusi ‘Play Store’ yang memerlukan pengguna mendaftar dalam telefon pintar pengguna.

Aplikasi ini merupakan platform untuk mengadu menyemak keududukan laporan aduan serta menerima notifikasi pemberitahuan status semasa aduan tersebut di pihak kerajaan negeri.

Manakala Melaka One Number Call Centre (ONCC) pada talian 06-3333333 menggunakan konsep satu nombor boleh menghubungkan rakyat terus kepada agensi atau jabatan kerajaan yang berdaftar dalam rangkaian Melaka Net.

ONCC adalah platform dalam perhubungan dan penyebaran maklumat dengan lebih berkesan dan sistematik serta ONCC terus berkembang sebagai pusat panggilan utama negeri Melaka yang diuruskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2211
Kongsi :
Previous post TYT, Sulaiman menghadap Sultan Johor dan Permaisuri
Next post 23 premis judi dipotong bekalan elektrik
Ubah saiz-+=