Balai Adat Perkahwinan Melayu Asli semarak aktiviti kesenian

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

ALOR GAJAH 24 Feb- Bagi menghidupkan kembali adat-adat tradisi Melayu asli semakin ditelan zaman, kerajaan negeri menerusi Institut Warisan Melaka (INSWA) merancang melaksanakan pelbagai aktiviti kebudayaan di Balai Adat Perkahwinan Melaka Asli sepanjang tahun ini.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, peracangan itu dimulakan dengan pengambilalihan lokasi yang dahulunya Muzium Adat Istiadat daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Katanya, sesuai dengan nama balai adat perkahwinan Melayu asli, ia tidaklah tertumpu hanya untuk penganjuran majlis perkahwinan sahaja.

“Balai Adat ini adalah lokasi tarikan pelancongan baharu bagi Melaka, di sini kita juga akan perkembangkan pelancongan kulinari iaitu makanan tradisional Melayu asli.

“Komuniti di Alor Gajah ini ramai daripada suku Minang dan lebih kepada adat Perpatih. Jadi balai adat ini akan lebih mengetengahkan makanan, adat istiadat Minang dan Perpatih.

“Sepanjang setahun ini, pelbagai aktiviti warisan melibatkan adat dan budaya akan dianjurkan, jadi pengunjung atau sesiapa sahaja ingin membuat majlis mengikut adat Melayu asli boleh hubungi INSWA untuk merasai sendiri adat-adat yang selama ini hanya dibaca menerusi bahan bacaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Balai Adat Perkahwinan Melayu Asli di Dataran Keris, di sini, hari ini.

BALAI Adat Perkahwinan Melayu Asli Melaka di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.

Sementara itu Pengurus Besar INSWA, Nurman Mohd Baroldin berkata kewujudan balai adat itu mampu menyemarakkan kembali aktiviti kesenian budaya dan adat resam warisan di negeri ini.

Katanya, usaha itu bagi menjadikan negeri Melaka sebagai negeri pelancongan yang kaya dengan budaya dan seni warisan tidak ditinggal zaman meskipun dalam arus kemodenan.

“Kalau dahulu tempat ini muzium, pengunjung datang, melihat sahaja, tapi kini ia diangkat menjadi balai adat dan pengunjung boleh merasai sendiri ‘berada’ dalam adat itu.

“Secara tak langsung, budaya boleh berkembang menerusi pelbagai aktiviti kesenian dan warisan yang akan diadakan.
“Orang ramai yang inginkan kelainan untuk mengadakan majlis mengikut adat dengan pakej-pakej berbaloi yang akan diadakan boleh hubungi INSWA,” katanya.

MUHAMAD Jailani (tengah) ketika menyaksikan penyerahan projek untuk proses penambahbaikan dari INSWA kepada JKR

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1959
Kongsi :
Previous post Keluarga ambil tindakan undang-undang kes kematian bayi di HRPZ II
Next post TYT, Sulaiman menghadap Sultan Johor dan Permaisuri
Ubah saiz-+=