
UK sumbang 20 juta dos vaksin Astrazeneca pada negara miskin
LONDON, 31 Okt – Kerajaan Britain mengumumkan akan menyumbang 20 juta dos vaksin COVID-19 “Oxford-AstraZeneca” kepada negara yang memerlukan menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian komitmen United Kingdom (UK) untuk menderma 100 juta dos vaksin.
Perdana Menteri Boris Johnson menyeru rakan-rakan pemimpin negara G-20 untuk membantu memvaksin penduduk dunia menjelang akhir tahun depan, lapor Agensi Berita Petra memetik kenyataan kerajaan Britain pada Sabtu.
“UK menghantar 10 juta dos vaksin “Oxford-AstraZeneca” kepada inisiatif COVAX dan beberapa minggu lagi ia akan menyampaikan tambahan 10 juta vaksin kepada golongan rentan di dunia,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi dengan sumbangan tambahan berkenaan ia bermakna 30.6 juta dos vaksin “Oxford-AstraZeneca” akan diberikan kepada mereka yang memerlukan tahun ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

