UMNO Melaka sokong Ismail Sabri calon PM

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

TANJUNG BIDARA 17 April – Badan Perhubungan UMNO Melaka mengalu-alukan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perkara itu telah ditetapkan pucuk pimpinan tertinggi parti bagi memastikan UMNO dapat merampas kembali pentadbiran di Putrajaya.

Katanya, beliau juga memberi jaminan UMNO Melaka akan bergerak seiring dengan apa sahaja arahan daripada peneraju parti untuk memenangi PRU-15 akan datang.

“Kita akan meneruskan apa jua arahan parti demi memastikan parti ini akan dapat menerajui semula pentadbiran di Putrajaya.

“Apabila parti telah mmbuat keputusan maka seharusnya ahli-ahli parti kena menerima keputusan yang telah dibuat pihak tertinggi parti dan kita terima seadanya.

“Apabila parti sudah memutuskan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri untuk PRU-15, maka pengurusan kearah PRU-15 mesti diatur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Masjid Tanah di Villa d’ Aqua, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, untuk meralisasikan hasrat itu, semua ahli perlu memainkan peranan mengikut hierarki dalam parti sebagai langkah untuk memenangi PRU-15.

“Kita ada hierarki parti yang akan menguruskan bagaimana hendak menjalankan urusan pilihan raya maka kita terima seadanya peranan yang boleh dimainkan oleh smua orang.

“Keputusan parti ini hendaklah melihat bahawa masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam usaha memenangi pilihan raya, jentera parti, presiden parti sehinggalah ke peringkat akar umbi mempunyai peranan yang boleh dilakukan untuk memenangi PRU-15 nanti.

“Jadi jangan dikocakkan air yang sedang tenang, kita tidak perlulah untuk meminta itu ini dan fokus kepada keputusan tertinggi parti sahaja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

721
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak tunggang basikal lajak secara berbahaya di Lekas, video lama
Next post UMNO Melaka tolak ‘pinangan’ Norhizam
Ubah saiz-+=