UMNO Melaka tolak ‘pinangan’ Norhizam

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

TANJUNG BIDARA 17 April – “UMNO mempunyai ramai tokoh-tokoh yang jauh lebih baik daripada Norhizam, jadi apa perlunya beliau dalam parti?”

Itu pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika diminta mengulas mengenai hasrat Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mengimpikan untuk bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Katanya , parti itu mempunyai ramai lagi ahli terdiri daripada kalangan tokoh yang lebih baik dan setia terhadap parti berbanding bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu.

“Jadi kita tutup serapat-rapatnya pintu kemasukan beliau kedalam parti, namun sekiranya beliau mahu menjadi ahli biasa, saya mengalu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Masjid Tanah di Villa d’Acqua, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ibrahim Durum, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, ADUN Kuala Linggi, Rosli Abdullah dan ADUN Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zain.

AB Rauf menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Dalam majlis tersebut turut diadakan penyerahan sumbangan kit makanan dan cenderahati sempena Aidilfitri buat ahli-ahli UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Penyerahan sumbangan terbabit diadakan sebelum berbuka puasa diikuti Solat Maghrib dan tarawih berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

872
Kongsi :
Previous post UMNO Melaka sokong Ismail Sabri calon PM
Next post Dipukul pelanggan antara dugaan ‘rider’
Ubah saiz-+=