
Unifi tawar siaran percuma Olimpik
Unify dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan boleh menonton kesemua 33 jenis sukan dan 339 acara menerusi unifi TV dan aplikasi unifi PlayTV.
Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Anand Vijayan berkata sebagai salah satu penyiar rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020, “unify berbesar hati menawarkan siaran secara percuma untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.”
Beliau berkata, bagi yang masih belum melanggani unifi TV, mereka boleh menonton temasya sukan berprestij itu secara percuma di aplikasi unifi PlayTV dengan memuat turun aplikasi tersebut dari Google PlayStore dan Apple App Store.
Pengguna aplikasi unifi PlayTV sedia ada hanya perlu log masuk untuk menikmati temasya sukan Olimpik itu di aplikasi tersebut manakala pengguna unifi PlayTV baharu hanya perlu mendaftar akaun baharu untuk menontonnya di mana sahaja dan pada bila-bila masa menerusi peranti pintar mereka secara percuma.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAWARAN KEMASUKAN PERCUMA, TUNAIKAN IMPIAN ANAK NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 1 September - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 tahun ini memberi makna berbeza buat keluarga Mohammad Noor Hanafi Sham,...
SEMPAT TENGOK BUNGA API SEBELUM LAHIRKAN ‘HERO’ MERDEKA
BANDARAYA MELAKA 1 September - Seorang ibu Nur Farahin Miszan, 32, sempat menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Ke-69...
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
