Usahawan muda : Pelbagai peluang berpotensi boleh diceburi

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER LIMAU 5 Julai – Usahawan muda disaran untuk menceburi peluang yang mempunyai potensi dalam sektor pertanian bagi menjana pendapatan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata peluang tersebut perlu diceburi khususnya buat usahawan muda kerana terdapat pelbagai peluang bermanfaat bagi menjana pendapatan melalui sektor terbabit.

Ujarnya, sektor perternakan berasakan unggas seperti ayam, burung puyuh serta pelbagai lagi mampu memberi satu nafas baharu bagi melatih anak muda dalam menimba pengetahuan tersebut.

RONALD (dua kanan) meninjau sistem penggredan telur dalam sesi lawatan kerja di ITU tengah hari tadi.

“Kementerian menawarkan pelbagai peluang khususnya buat usahawan agro muda kerana kita telah mempunyai pelbagai dapatan kajian dan teknologi yang mampu memberi pendedahan kepada mereka.

“Malah melalui Geran Agropreneur Muda turut menawarkan pelbagai inisiatif bagi menarik mereka menceburi bidang ini.

“Sudah tentu ini mejadi perkara baharu buat mereka, namun kita mempunyai potensi besar dan janganlah kita perlu risau mengenai keupayaan bidang ini kerana di Malaysia mempunyai pelbagai produk yang dihasilkan melalui penanaman serta pelbagai lagi.

“Seperti yang kita lihat di Institut Teknologi Unggas (ITU) telah berjaya menghasilkan 169 usahawan yang lahir daripada menimba pengetahuan di stesen yang ada di sini malah, kita lihat ia cukup berkesan bagi melahirkan usahawan yang lahir dalam bidang ternakan unggas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan Lawatan Kerja di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Linggi di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ar. Ismail Othman serta tetamu lain.

Terdahulu, pada lawatan kerja bermula jam 9 pagi tadi, destinasi pertama yang dikunjungi beliau adalah di ITU, Masjid Tanah bagi melihat pembangunan penyelidikan veterinar di kawasan terbabit.

Kunjungan itu kemudiannya bergerak ke Pejabat MARDI bagi memperlihatkan pelbagai peluang yang terdapat di pejabat agensi itu terutama dalam penyelidikan minyak pati esen yang mampu membuka peluang baharu buat penduduk tempatan.

Views:

456
Kongsi :
Previous post Pelbagai langkah akan dilaksanakan tingkat kutipan hasil PBT – Zuraida
Next post Perbincangan buka semula sempadan antarabangsa masih berjalan
Ubah saiz-+=