UTeM bantu pengusaha PKS tingkat perniagaan secara percuma

Masa Membaca:52 Saat

DURIAN TUNGGAL 17 Okt. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkongsi kepakaran melalui kursus pengendalian aplikasi digital buat pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Melaka.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) Prof Dr. Rabiah Ahmad berkata, ia merupakan platform bagi memajukan serta meningkatkan perniagaan pengusaha secara percuma.

“Kursus ini mendedahkan pengusaha kecil atau yang baru dalam perniagaan supaya dapat memanfaatkan aplikasi digital untuk meningkatkan perusahaan mereka.

“Antara modul ditawarkan seperti analisa data, penggunaan Ms Excel, Ms Word, Ms PowerPoint, pemasaran atas talian, penggunaan aplikasi media sosial dan penggunaan platform e-dagang,” katanya pada kursus tersebut.

Sementara itu, Pengarah Program, Dr. Noor Fazilla Abd Yusof berkata, kursus itu mendapat penyertaan lebih 100 peserta dalam kalangan pengusaha PKS Negeri Melaka.

“Impak program ini, pengusaha berjaya meningkatkan kemahiran teknologi digital mereka di samping menaik taraf pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

“Ia turut membentuk kemahiran penyelesaian masalah dan komunikasi pengusaha ke arah keperluan kemahiran teknikal baharu dalam bidang teknologi digital,” katanya.

Program berteraskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu dianjurkan Jawatankuasa Khidmat Masyarakat FTMK dan Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik FTMK.

Views:

666
Kongsi :
Previous post UTeM kongsi kepakaran bangunkan Galeri Falak
Next post Rauf lawat mangsa banjir
Ubah saiz-+=