UTeM kongsi kepakaran bangunkan Galeri Falak

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Okt. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkongsi kepakaran bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam memartabatkan pendidikan ilmu Falak Syarie.

Usaha itu dilaksanakan tenaga pakar UTeM menerusi Jawatankuasa Teknikal Falak UTeM sekali gus menaik taraf Galeri Falak dan Teleskop Robotik di Kompleks Falak Al-Khawarizmi tersebut.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu-satunya Kompleks Falak di Malaysia menggunakan konsep media interaktif memberikan pendidikan falak kepada pengunjung.

“Konsep ini mesra pengguna, hanya memerlukan telefon pintar untuk mengakses aplikasi yang disediakan di Galeri Falak dengan menggunakan Augmented Reality, Visual Reality dan hologram.

“Kewujudan UTeM di Melaka mampu membantu agensi berkaitan menggunakan kepakaran teknologi maklumat dan teknikal dalam memartabatkan pendidikan ilmu falak di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Galeri Interaktif Planetarium Al Khawarizmi, semalam.

Pada majlis itu turut diadakan sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTeM dan Jabatan Mufti Melaka disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.

UTeM diwakili Raha manakala Jabatan Mufti Negeri Melaka diwakili Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Kejayaan itu dilaksanakan Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK) bersama Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). UTeM.

Views:

1043
Kongsi :
Previous post COVID-19: Alor Gajah rekodkan tiga kes
Next post UTeM bantu pengusaha PKS tingkat perniagaan secara percuma
Ubah saiz-+=