UTeM terima 2,043 pelajar baharu

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

DURIAN TUNGGAL 13 Oktober – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima kemasukan seramai 2,043 pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi 2022/2023, semalam.

Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin berkata jumlah kemasukan pelajar ke UTeM tahun ini menunjukkan sambutan yang sangat baik.

“Ia menunjukkan UTeM terus menjadi pilihan lepasan matrikulasi, diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

“Seramai 619 pelajar mendaftar untuk mengikuti pengajian program teknologi kejuruteraan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP).

“Manakala seramai 660 pelajar lagi mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan di empat fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejurteraan Pembuatan (FKP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya bagi pelajar yang mendaftar mengikuti pengajian dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) pula seramai 385 orang.

“Selebihnya mendaftar bidang Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) pula seramai 379 orang.

“Proses pendaftaran pelajar dilaksanakan secara sistem bersepadu yang efisien dan efektif di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM,” katanya.

WhatsApp Image 2022-10-12 at 20.05.00
PELAJAR UTeM bersama keluarga sewaktu pendaftaran masuk asrama.

Katanya lagi, kecemerlangan UTeM dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi dalam dan luar negara menjadikan universiti ini antara insititut pengajian tinggi (IPT) yang menjadi pilihan utama pelajar.

“Kadar kebolehpasaran graduan berprestasi tinggi serta global yang menjadi buruan majikan melonjakkan UTeM sebagai destinasi utama gerbang pengajian tinggi teknikal pilihan ramai.

“Minggu Haluan Siswa (MHS) pula diadakan bermula Rabu hingga Ahad lepas bersama pelajar baharu diploma yang mendaftar pengajian di universiti berkenaan pada Ogos lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3117
Kongsi :
Previous post Kolej Komuniti jadi pilihan
Next post Kerajaan setuju struktur semula 4 konsesi lebuh raya, kurangkan kadar tol – PM
Ubah saiz-+=