UTeM tersenarai dalam THE World University Rankings by Subject 2022

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DURIAN TUNGGAL 14 Okt. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyerlah di persada dunia apabila disenaraikan dalam penarafan bertarad dunia, Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2022.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof. Ir Dr. Ghazali Omar berkata, daripada senarai terkini diumumkan THE pada 13 Oktober lalu, tiga bidang utama UTeM berjaya tersenarai dalam THE University Rankings by Subject 2022.

“Ia adalah bidang kejuruteraan UTeM berada pada kedudukan 1001+, bidang sains komputer pada kedudukan 801+ dan bidang perniagaan dan ekonomi pada kedudukan 601+.

“Penyenaraian ketiga-tiga bidang utama ini bertepatan dengan bidang tujahan atau kepakaran UTeM iaitu pembuatan termaju.

“Pencapaian UTeM dalam senarai universiti terbaik dunia ini membuktikan ia sebuah institusi pengajian ilmu terutamanya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan setanding dengan universiti terkemuka di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pencapaian itu hasil kerjasama bersepadu pengurusan tertinggi, pensyarah, pentadbir dan seluruh warga UTeM amnya hasil penghayatan tagline #teamUTeM yang diperkenalkan mantan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr.Raha Abd Rahim.

“UTeM mensasarkan pencapaian ini akan sentiasa diperbaiki secara berterusan berteraskan Pelan Strategik 2021-2025: ‘Seven Strategic Goals of UTeM’ dalam tempoh lima tahun mendatang.

“Penarafan THE World University Rankings by Subject ini bermula sejak tahun 2010 yang fokus kepada 11 bidang utama.

“Penilaiannya dibuat menerusi lima komponen iaitu pengajaran, penyelidikan, sitasi, prospek antarabangsa dan pemindahan Ilmu,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1022
Kongsi :
Previous post Laporan penuh isu Ziyad siap minggu depan
Next post PRN Melaka: MT UMNO ada sidang khas malam ini
Ubah saiz-+=