UTeM-UAE rangka kerjasama pendidikan berimpak tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

DURIAN TUNGGAL 10 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memperkukuhkan jaringan strategik dan kolaborasi antarabangsa bersama organisasi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memfokuskan kepada dua agenda utama iaitu pemerkasaan program pasca siswazah antarabangsa dan penyelidikan teknologi.

Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin berkata, lawatan kerja itu dapat membina hubungan erat bersama UAE dalam agenda pertukaran pelajar, promosi akademik dan program lain yang berpotensi.

“Hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE akan terus berkembang dalam pelbagai bidang yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Kita telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pengarah UNI Student, Dr. Salleh Altahboush bagi perbincangan kerjasama berkaitan program pasca siswazah antarabangsa.

“UNI Student merupakan agensi perundingan pendidikan profesional dan terkemuka dunia dalam pengurusan pelajar antarabangsa yang berkualiti ke institusi pendidikan di serata dunia,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

MASDZARIF (dua kiri) mewakili Dr Massila menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Eksekutif AMRC, Prof Zhongwei Guan (dua kanan) bersama Dr. Siti Hajar (kiri).

Pada masa sama, turut diadakan satu lagi lawatan delegasi UTeM diwakili Pengarah Pusat Antarabangsa, Dr. Siti Hajar Sheikh Md. Fadzullah dan Ketua Pegawai Operasi UTeM, Masdzarif Mahat telah mengadakan perbincangan kerja dan akademik bersama Pengarah Eksekutif Advanced Materials Research Centre (AMRC) of Technology Innovation Institute, Prof Zhongwei Guan.

Menurut Dr. Siti Hajar menerusi perbincangan itu jaringan antarabangsa UTeM dapat diperkukuhkan dengan perancangan kolaborasi penyelidikan dalam bidang tujahan melalui geran antarabangsa dan mobiliti staf antara kedua-dua pihak.

Untuk rekod Advanced Materials Research Centre of Technology Innovation Institute merupakan sebuah institut penyelidikan yang tergolong dalam Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju Kerajaan Abu Dhabi (ATRC) yang menyelia penyelidikan teknologi di UAE di samping menarik inovator dan perintis terkemuka di peringkat serantau dan global.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2110
Kongsi :
Previous post Kampung Ramuan Cina Besar banjir lagi
Next post Kastam P.Pinang rampas 10.2 juta barang rokok seludup
Ubah saiz-+=