
Varian BA.5.2 dikesan sejak 16 Mac, BF.7 sejak 21 Ogos
KUALA LUMPUR, 3 Jan – Dua varian COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini, telah dikesan di Malaysia, masing-masing sejak 16 Mac dan 21 Ogos lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama bagi BF.7 yang dikesan pada 21 Ogos merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kes kedua pada 6 Sept (kes import jangkitan dari Turkiye), dan kes ketiga pada 7 Okt merupakan kes jangkitan tempatan.
“Di peringkat global pula bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan adalah sekitar bulan September-Oktober 2022 dengan kebanyakannya dikesan di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat.
“Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemukan di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
Semalam Dr Noor Hisham berkata setakat 31 Dis lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
79 CALON BERTANDING PRN MELAKA KE-16 – SPR
AYER KEROH 31 Oktober - Seramai 79 calon mewakili pelbagai parti politik termasuk calon Bebas disahkan layak bertanding pada Pilihan...
PRN MELAKA: MCA TANDING EMPAT KERUSI BUKTI KESEPAKATAN BN – AHMAD ZAHID
TANJUNG BIDARA 31 Oktober – Kepercayaan kepada MCA bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri...
PRN MELAKA: GEN Z HINGGA BOOMERS SATU PENTAS REBUT MANDAT RAKYAT
AYER KEROH 31 Oktober - Perbezaan usia 42 tahun memisahkan calon termuda dan tertua yang bakal bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA : ‘ALONG’ TIDAK PANDANG MUDAH SAINGAN DI ASAHAN
ASAHAN 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan tidak akan mengambil mudah cabaran pada...
PRN MELAKA: TOK AJAK BERDEPAN SAINGAN TIGA PENJURU DI DUN TELOK MAS
TELOK MAS 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...
PRN MELAKA: DENESH CABAR FAIRUL NIZAM DI ASAHAN
ASAHAN 31 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan menyaksikan persaingan dua...
