Virna Puspa Setyorini dilantik pewarta baharu Antara di Kuala Lumpur

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Agensi berita Indonesia Antara telah melantik Virna Puspa Setyorini sebagai koresponden residen baharunya di Kuala Lumpur, menggantikan Agus Setiawan yang telah tamat perkhidmatannya.

Majlis serah-terima tugas itu diadakan secara ringkas di kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, di sini, pada Isnin dengan dihadiri pegawai daripada kedutaan dan Antara.

Ketua Pemberitaan Agensi Berita Antara Akhmad Munir dan Timbalan Ketua Misi kedutaan Rossy Verona serta beberapa pegawai kedutaan turut menyaksikan upacara itu.

Presiden Pengarah Antara Meidyatama Suryodingrat dan pegawai kanan agensi itu turut menghadiri majlis secara maya dari ibu pejabat agensi itu di Jakarta.

Suryodingrat dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu berkata kehadiran Antara di Malaysia sejak 1960-an adalah bukti bahawa Malaysia dilihat sebagai jiran yang penting, dan agensi itu juga mempunyai peranan menyumbang ke arah memperkukuh hubungan dua hala.

Virna kelahiran Semarang, Jawa Tengah telah berkhidmat dengan Antara selama 16 tahun serta mempunyai pengalaman luas dalam liputan alam sekitar dan isu kemanusiaan.

Ini merupakan penempatan asing pertama bagi Virna dan wartawan yang pernah memenangi anugerah itu tidak sabar memulakan tugasnya di Malaysia.

Agus mengucapkan selamat tinggal selepas bertugas selama enam tahun di Malaysia sambil berkata beliau telah mempelajari banyak perkara dan pasti akan merindui makanan di sini.

Sewaktu berkhidmat di Malaysia, Agus pernah terfikir akan nasib warga Indonesia di negara ini ketika pandemik COVID-19 kerana ramai daripada mereka yang tinggal secara tidak sah mungkin tidak memperoleh akses kepada bekalan vaksin selain makanan semasa tempoh kawalan pergerakkan.

Namun, Agus mendapati kerajaan Malaysia dan badan bukan kerajaan di negara ini telah melakukan yang terbaik dalam menghulurkan segala bantuan yang perlu kepada mereka.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1004
Kongsi :
Previous post Tular anak-anak keluar badan dari kereta semasa bergerak di jalan raya bapa didakwa
Next post RORO Melaka – Dumai dilihat mampu rancakkan ekonomi dua negara
Ubah saiz-+=