Sorting by

×

Warga China beraya di Taman Seribu Bunga

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Yang Di Pertua negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Kedutaan Republik China dan Mohd Chan Group, hari ini.

Sambutan yang diadakan di Taman Seribu Bunga, di sini, turut dihadiri Pengasas Mohd Chan iaitu Datuk Mohd Chan Abdullah, Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing bersama isteri Song Xiaomei serta barisan kedutaan.

Turut sama hadir memeriahkan sambutan barisan EXCO Kerajaan Negeri antaranya Datuk Kalsom Nordin dan Ngwe Hee Sem serta Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Sambutan dimeriahkan lagi dengan pertunjukan tarian tradisional serta dondang sayang serta Mohd Ali bersama isteri turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Yang Di Pertua negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Kedutaan Republik China dan Mohd Chan Group, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Pengurusan Mohd Chan berkata, sambutan ini adalah anjuran bersama Kedutaan Republik China bersama Mohd Chan dan seramai 500 tetamu diundang bagi memeriahkan majlis.

Katanya, program hari ini adalah penganjuran kedua dijalankan bersama selepas terhenti seketika akibat pandemik COVID-19 dan di Melaka julung kali diadakan.

“Melaka dipilih kerana keunikannya yang membuatkan pihak kedutaan tertarik mengadakan sambutan di sini pada kali ini.

“Untuk hari ini kita turut menjemput 150 asnaf termasuk anak yatim sekitar Melaka dan juga persatuan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Katanya, tetamu yang hadir juga turut berpeluang menikmati juadah yang dibawa khas oleh pihak kedutaan iaitu ‘Hot & Sour Fish Soup with Pickled Cabbage’, ‘Spicy Kou Shui Ji’, ‘Fried Dough Twsit’ dan ‘Sze Chuan Chicken’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1293
Kongsi :
Previous post Kaji semula jurusan kewartawanan dan komunikasi di IPT
Next post HAWANA diangkat jadi program nasional
Ubah saiz-+=