Kaji semula jurusan kewartawanan dan komunikasi di IPT

Masa Membaca:2 Minit, 14 Saat

BANDA HILIR 29 Mei – Jurusan kewartawanan dan komunikasi di institut pengajian tinggi (IPT) perlu dikaji semula untuk disesuaikan dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan peredaran masa.

Pengarah Editorial Free Malaysia Today (FMT) Jasbant Singh Partap Singh berkata, media tradisional beberapa tahun sebelum ini mengalami kerugian terutama dari segi mendapatkan hasil pulangan pendapatan berikutan terpaksa bersaing dengan media sosial untuk menarik perhatian pembaca.

Bagaimanapun katanya, keadaan itu menampakkan perkembangan baik apabila kebanyakan organisasi media mula menyesuaikan penggunaan media sosial memperkasakan bidang kewartawanan.

“Hari ini tidak kira media tradisional mahupun media sosial, organisasi media mula mengambil wartawan atau kakitangan sokongan untuk memperluaskan liputan dan operasi, ini adalah permulaan baharu (ke arah perkembangan lebih baik).

“Selain mencari kakitangan yang lebih berpengalaman, saya rasa perkara itu adalah perkembangan terbaik untuk siswazah dalam kewartawanan.

“Untuk media tradisional kekal relevan, mereka perlu menguasai teknologi, tidak perlu menghantar dua atau tiga wartawan di lokasi sebaliknya memadai mempunyai latihan dan kemahiran secukupnya yang bolej menghantar rakaman audio dan video menggunakan telefon pintar.

“Jadi tempat yang paling sesuai untuk menguasai teknologi harus bermula di IPT. Jurusan komunikasi perlu dikaji semula dan disesuaikan dengan keperluan industri dan kemungkinan besar perlu ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Media Sosial yang bertajuk Kewartawanan Era Revolusi Industri Keempat: Cabaran dan Peluang di Hotel Hatten, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan moderator forum berkenaan, Datuk Seri Abd Jalil Hamid mengenai peluang yang perlu diambil oleh industri kewartawanan dalam cabaran baharu pada masa kini.

MELAKA 29 MAY 2022. Ahli panel Pengarah Editorial Free Malaysia Today, Jasbant Singh Partap Singh pada Forum Media Nasional bertajuk “Kewartawanan Era Revolusi Industri Keempat: Cabaran dan Peluang” sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Hotel Hatten, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. Azli

Mengulas lanjut, Jasbant Singh berkata, dalam perubahan teknologi yang terlalu mendadak itu, organisasi media tidak mempunyai masa untuk memberi latihan dan bimbingan kepada graduan bidang itu.

“Ia kerana apabila graduan mula bekerja di Media Prima Berhad, NSTP atau FMT, organisasi media itu tidak mempunyai masa untuk berikan bimbingan.

“Ada satu peringkat apabila graduan memasuki industri, kebolehan mereka terhad jadi memerlukan lebih masa untuk memberi latihan.

“Jadi itu yang saya rasa merencatkan pertumbuhan kewartawan negara dengan mengambil kira perkembangan teknologi dan perkara asas kewartawanan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, asas kewartawanan 5W (What, Why, When, Where, Who) dan 1H (How) perlu diasah dalam pembelajaran dan pengajaran di peringkat IPT.

“Ini mungkin memerlukan pendekatan yang baharu maknanya institusi pendidikan perlu bekerja lebih dapat dengan pemegang taruh industri dengan pendekatan baru yang dapat memastikan apa yang diajar di universiti relevan dalam industri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1490
Kongsi :
Previous post Impian suami isteri tunai haji jadi kenyataan
Next post Warga China beraya di Taman Seribu Bunga
Ubah saiz-+=