
Warga emas disamun di hadapan rumah anak di Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR, 26 Mac – Seorang wanita warga emas berputih mata apabila disamun di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak di sini, kira-kira 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata warga emas berusia 77 tahun itu disamun dua lelaki warga tempatan bersenjatakan parang dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.
Beliau berkata kejadian samun yang sempat dirakam orang awam dan tular dalam media sosial itu menunjukkan suspek menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong sebelum melarikan diri menaiki motosikal bernombor pendaftaran palsu.
“Mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan jumlah kerugian dianggarkan RM25,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Idzam berkata polis sedang mengesan dua suspek terbabit dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menerusi talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis berdekatan. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUTIPAN ZAKAT MELAKA MELONJAK, KEKAL SIFAR MISKIN TEGAR – KM
AYER KEROH 3 April - Prestasi kutipan zakat Melaka menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencecah RM415 juta dalam tempoh tiga tahun....
BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN IRINGI 3 TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
AYER KEROH 2 April - Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Kesyukuran antara pengisian disusun sempena tiga tahun kepimpinan Datuk Seri...
34 PROJEK PR1MA DIKATEGORIKAN ‘SAKIT’ SIAP SEPENUHNYA
KLEBANG 2 April - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan semua projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum...
LEBIH 21,000 RUMAH MAMPU MILIK SUDAH DIBINA DI MELAKA
KLEBANG 2 April - Lebih 21,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah siap dibina di seluruh Melaka sehingga Mac 2026...
18 LOJI WTE DIRANCANG DIBINA MENJELANG 2040
SUNGAI UDANG 2 April - Pendekatan inovatif seperti teknologi Waste-to-Energy (WtE) amat bermanfaat sebagai pemacu utama dalam merealisasikan agenda Sifar...
TEKNOLOGI WTE ATASI CABARAN KAPASITI TAPAK PELUPUSAN
SUNGAI UDANG 2 April - Kemudahan berteknologi tinggi pengurusan sisa pepejal Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang berupaya membantu mengurangkan cabaran...
