Highlanders juara Liga Ragbi Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KLEBANG 26 Mac- Pasukan Highlanders dinobat sebagai johan kategori Cup pada Kejohanan Ragbi Liga Melaka 15’s 2022 yang diadakan di Padang Klebang, hari ini.

ANTARA aksi perlawanan Kejohanan Ragbi Liga Melaka 15’s 2022 yang diadakan di Padang Klebang, hari ini.

Highlanders mengutip 24 mata manakala lawannya XMoruc dengan 10 mata dalam perlawanan akhir kejohanan terbabit.

Selaku johan, mereka membawa pulang wang tunai RM1,000, piala kejohanan dan medal.

Manakala bagi kategori Plate, pasukan Bukit Beruang Rugby Club (BBRC) muncul johan dengan mata 24 berbalas 12 menewaskan pasukan Melaka Police Rugby Club (MPRC).

PASUKAN XMORUC

Bagi kategori Plate, kumpulan juara dan naib juara masing-masing membawa pulang medal kejohanan.

PEMAIN terbaik kejohanan Muhammad Haziq Danial Sazali

Dalam kejohanan itu juga, Muhammad Danial Haziq Sazali daripada pasukan Highlanders turut membawa pulang wang tunai RM150 dan jersi apabila muncul sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Manakala, Muhammad Aqasha Danial Irawan muncul sebagai pemain paling bernilai dalam kejohanan tersebut turut menerima wang tunai RM150 beserta jersi.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) VP. Shanmugam dan Presiden Ragbi Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1824
Kongsi :
Previous post Warga emas disamun di hadapan rumah anak di Bandar Tun Razak
Next post Amran Tompel meninggal dunia
Ubah saiz-+=