
WARGA EMAS MAUT DIHEMPAP POKOK
KUANTAN, 18 September – Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah dalam kejadian hujan dan ribut di kawasan perkhemahan Pantai Balok, Beserah di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Che Zakariah Che Ali, 68, beralamat di Felda Cerul 2, Kemaman, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata cucu mangsa, Nurul Amni Aisyah Mohamad Afiq, 7, cedera pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan berada dalam keadaan stabil.
“Mangsa bersama 13 ahli keluarga menyertai aktiviti perkhemahan selama tiga hari dua malam di kawasan perkhemahan tersebut bermula semalam. Kira-kira 3.10 petang tadi, hujan dan angin kencang di kawasan perkhemahan dan mangsa ketika itu sedang duduk di atas kerusi di depan khemahnya.
“Tiba-tiba menantunya yang berada dalam khemah bersama isteri dan dua anaknya terdengar bunyi pokok tumbang dan semasa menyelamatkan diri terlihat mangsa telah dihempap pokok dan mereka cuba mengalihkannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Sultan Haji Ahmad Shah @ IIUM Kuantan untuk dibedah siasat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KONGSI REZEKI SEMPENA DEEPAVALI
JASIN 16 Oktober - Program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Prihatin menceriakan 30 penerima yang bakal meraiman Sambutan Perayaan Deepavali tidak...
WRUR: SAYANG ANAK BUKAN DIMANJA, IBU BAPA PERLU PEKA PERUBAHAN KANAK-KANAK
KLEBANG 16 Oktober – “Sayangakan anak bukan dimanja, tapi dijaga dengan hikmah dan bijaksana," tegas Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga...
‘BERUNTUNG DAPAT JAGA NENEK TIMAH’
KLEBANG 16 Oktober – Menjadi penjaga kepada warga emas bukan tugas mudah, namun bagi sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang,...
‘TENANG MENITI USIA SENJA, NENEK TIMAH 101 TAHUN JALANI HIDUP DENGAN CERIA’
KLEBANG 16 Oktober – Pada usia 101 tahun, Timah Baba atau mesra disapa nenek Timah masih kuat, ceria dan memilih...
PANGGUNG BANGSAWAN TERUS SOKONG TEATER TEMPATAN
AYER KEROH 16 Oktober - Teater Puteri Santubong Sijinjang The Musical Fantacies pada 1 November ini akan menjadi satu lagi...
SWM ENVIROMENT TERUS PERKASA AMALAN KITARECYCLE
AYER KEROH 15 Oktober - Sebuah lagi Pusat Pandu Lalu Kitar Semula (PPLK) dibangunkan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment)...