KETUA MENTERI KONGSI ASPIRASI BERSAMA ANAK MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 18 September – Suara anak muda sentiasa menjadi perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dalam memastikan Melaka tidak ketandusan pelapis untuk memimpin negeri ini.

Terbaharu Ketua Menteri meluangkan masa untuk berkongsi aspirasi bersama anak-anak muda UMNO siswa kelahiran Melaka dalam majlis makan malam berlangsung di Dewan Seri Bendahara, semalam.

Ketua Menteri berkata, menerusi perjumpaan santai itu banyak perkara dibincangkan dalam usaha UMNO ‘meremajakan’ semula parti itu yang selama ini memperjuangkan bangsa Melayu, selain benar-benar memahami kehendak serta aspirasi golongan muda masa kini.

“Saya juga membuka seluasnya kepada kumpulan mahasiswa ini untuk bertanyakan apa sahaja soalan mengenai parti, senario politik dan hala tuju pentadbiran saya agar mereka benar-benar memahami dasar perjuangan UMNO serta kepimpinan saya di peringkat negeri.

“Terima kasih anak muda. Andalah yang bakal meneruskan legasi UMNO serta mencorak kepimpinan negeri dan negara pada masa depan,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Hadir sama pada majlis itu Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Senator Datuk Mustafa Musa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post ‘TERBANGLAH TINGGI PUTERIKU’
Next post WARGA EMAS MAUT DIHEMPAP POKOK
Ubah saiz-+=